Kegembiraan jarang bertandang dalam hidup kita. Apabila ia hadir, hargailah ia dengan sebaik mungkin. Jika hidup selalu gembira, segalanya akan lebih bermakna. Malam ini, sekali lagi ku merenung ke luar jendela, memandang ke dada langit. Aku meneliti setiap ukiran bintang dan hembusan bayu yang dingin mententeram jiwa kosong ku. Aku mencari keindahan warna yang menghiasi diriku serta senyum tawa yang menemani sepiku. Namun ia telah hilang di saat terpadam cahaya cintaku.
“Ops, sorry. I’m in such a hurry sampai tak awak tadi,” kata seorang gadis yang sedang mengumpul serta mengutip helaian kertasnya yang jatuh berterabur di lantai.
“It’s fine. Salah saya jugak ‘coz berdiri kat tengah jalan menghalang laluan orang. Let me help you,” lalu aku membantunya mengumpul kertas-kertasnya semula.
“Thanks a lot. By the way, saya Adlina. You can call me Alin,” kata Alin sambil membetulkan tudungnya yang kelihatan tidak kemas.
“Hey, Alin. Saya Firdaus. You can call me.....erm, anything you prefer,” jawab aku ringkas. Alin kelihatan tertawa kecil.
“Erm, bukan ke awak terlewat for something tadi? You might better hurry or else.....” kataku memberhentikan tawanya itu. Riak mukanya mula berubah.
“Oh not again,Cikgu Fizik mesti marah sebab lambat lagi. Jumpa lagi Mr ‘anything you prefer’,” senyuman terukir pada wajahnya sambil dia berlalu pergi ke dewan kuliahnya.
“Sigh, I hate girl,” bisik hati kecilku selepas diperli oleh seseorang yang baru kukenali.
Selepas menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ), aku menerima tawaran untuk menyambung pelajaran ke Universiti Sains Malaysia. Bukan tidak mendapat tempat ke luar negara, tetapi keadaan ekonomi keluarga yang tidak mampu membatalkan hasrat aku ke sana. Ingin juga diri ini merasa keadaan di negara orang, namun tidak kesampaian.
Di kafeteria, aku sedang duduk menelaah buku rujukan bagi mengukuhkan ilmu yang baru ditimba sebentar tadi. Suasana di sini sungguh tenang. Aku selesa duduk sambil menghirup udara segar tatkala mataku ligat meneruskan pembacaanku. Pada saat itu, Alin datang duduk sebelah ku.
“Amboi, rajinnya membaca. Menarik sungguh kelihatan buku tu. Apa tajuknya?” sapanya bagi memulakan perbualan.
Aku mengendahkan kehadirannya dan bingkas bangun, berlalu meninggalkan tempat itu.Alin kelihatan bingung lalu cuba mengekori pergerakanku.
“Kenapa tiba-tiba sensitif nie?Anything wrong Mr ‘anything you prefer’?”tanyanya cuba untuk mengetahui punca tindakan ku itu.
“Firdaus, itu nama saya. Just call me that,” jawab ku ringkas.
“Tak sangka awak sensitif. I was joking la. By the way, sorry okay? Why don’t we have a lunch together? Awak kan kawan baru saya. It’s my treat,” pelawanya sambil menarik tanganku duduk ke kerusi semula.
“Saya maafkan awak,” balasku ringkas.
Dia memperlawa aku duduk di bangku. Saat aku melabuhkan diriku untuk duduk, Alin menarik kerusi tersebut lalu aku terjelopok ke lantai. Semua yang melihat tertawa akan diriku. Alin juga tersenyum melihat telatahku.
“Lagi sekali terkena. Why had i stuck with this girl?” keluh hatiku sambil aku cuba untuk berdiri semula.
“Sorry, Firdaus. Awak tak marahkan?” pujuk Alin cuba untuk meredakan kemarahanku.
“Erm, saya tersilap kerana berada di sini. Ini bukan kawasan yang sesuai untuk orang seperti saya. I had better makes my move,” kata ku menarik diri.aku meneruskan langkah berlalu dari situ.
“Hey Firdaus. Sudi kan jadi kawan saya?” katanya memberhentikan langkahku.
“I’ll think about it later. See ya,” aku melambai dan terus berlalu.
Sejak daripada itu,hubungan kami semakin rapat. Au menerima tawarannya untuk ‘berkawan’. Alin mengambil jurusan akauntan manakala aku mengambil jurusan kejuruteraan awam. Kami kerap keluar bersama dan sering menghabiskan masa belajar bersama.
“How’s your day today,”tanya Alin ketika kami sedang menikmati hidangan tengah hari selepas penat menimba ilmu.
“it went all fine. Cuma pelajar perempuan kat dalam kuliah tadi suka merenung dan kacau-kacau saya. Rimas dibuatnya,” balas ku ringkas.
“Amboi, dah mula ada secret admire nampak. Tak sangka kan. Kenapa tak layan je mereka?” kata Alin dengan sedikit nada cemburu membasahi suaranya.
“Aik, macam cemburu je bunyi Alin tu. Malas la nak layan mereka, buang masa je. Baik saya menumpukan perhatian. How about you then?” giliranku mengemukakan persoalan.
“Me? I okay je, cume tadi ada beberapa orang lelaki kacau semasa tunggu awak datang nie. Nasib baik awak cepat sampai. Mereka tengok awak je terus mereka pergi dari sini,” balas Alin.
“Wah, saya ni macam penyelamat Alin la eyk. Bangganya,” aku ketawa berdekah-dekah.
“ Eh jangan nak perasan yea,” pintas Alin. Loceng berbunyi menandakan kuliah seterusnya akan bermula. Kami mengambil laluan masing-masing untuk ke kuliah.
“Firdaus, saya tunggu awak kat library lepas kuliah. Jangan lambat tau,” kata Alin sambil melambai dan berlalu pergi.
Jika ianya sebuah cinta, ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati. Jika ianya sebuah cinta, ia tidak kelihatan cantik namun sentiasa menarik. Jika ianya sebuah cinta, ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata. Jika ianya sebuah cinta, ia tidak hadir kerana permintaan kita namun kerana ketentuan. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
Semakin hari, aku mulai rindu akan kehadiran Alin di sisi ku. Dia sering menemani saat senyumku. Dia menjadi teman saat duka ku. Dan dia juga menjadi sahabat serta kekasih hatiku. Namun aku sering tidak punyai keyakinan untuk menyatakan hasrat hatiku, kerana dia begitu indah andai hendak dibandingkan apabila berada di sisiku.Aku cuba mencari kekuatan diri. Namun ia tidak pernah ku temui. Mungkin tiada jodoh buatku bersamanya. Aku hanya pasrah dengan ketentuan Ilahi. Tiba-tiba telefon bimbit ku berdering.aku menjawab panggilan yang sering dan sudah ku kenali itu.
“ Assalamualaikam, Alin. Kenapa telefon malam-malam ni. Ada pape yang boleh saya bantu ke?” kataku sebaik sahaja mendengar suaranya di talian.
“Waalaikumsalam. Macam tak suka je saya telefon, maaf mengganggu Firdaus. Saya just nak beritahu, pada minggu depan sekolah kita hendak mengadakan malam gala. Lebih kurang majlis makan malam la. Mebi ada tari-menari. So would you mind to go with me ?” tanya alin memperihalkan tentang perkara tersebut.
“Okay je if Alin rase saya layak berada dengan awak,”jawabku.
“Thanks, nanti kita bincang lagi tentang ni yea. Goodnight,” kata Alin lala menamatkan panggilan.
“Tidak, Alin. Saya yang patut berterima kasih kerana awak memberikan peluang itu kepada saya,” bisik hati kecilku.
Setelah 6 hari, 16 jam dan 22 minit, hari yang ditunggu juga telah tiba. Majlis malam gala diadakan dengan indah dan begitu unik sekali. Ia akan bermula pada pukul 8.30 malam nanti. Tetapi aku masih belum bersiap memandangkan sekarang telahpun pukul 7.45 malam. Aku kelam–kabut bagi mencari pakaian yang kelihatan menarik agar dapat dipadankan dengan Alin nanti namun aku tidak ketemunya. Tidak tahu bagaimana harusku lakukan. Kemudian panggilan telefon dari Alin menyebabkan telefon bimbitku berbunyi. Aku menjawab.
“Hey, Firdaus. Still kat rumah? Would you please hurry up? Sudah nak mula dah ni,” Alin kedengaran risau apabila masih tidak kelihatan aku di sana agaknya.
“Ouh, sorry Alin. Saya tak tahu nak pakai baju apa. Any suggestion?” aku cuba meminta pendapatnya.
“Erm, why don’t awak pakai baju yang saya hadiahkan as your birthday present last two week. It’s colours was purple, right? Saya suka sangat warna ungu,” Alin menjawab.
“Ouh,okay. Lagi 15 minit akan sampai. Alin tunggu dulu tau,” jawabku.
“Don’t be late,” Alin mengingatkan aku.
Pada malam tersebut, Alin kelihatan sungguh menawan. Jikalau matahri tidak terbit memancarkan surianya, sinaran indah wajahnya sudah cukup menerangi bumi. Andai pula bulan hilangdi balik awan nan biru, keayuan dan kelembutan senyum pada wajahnya sudah cukup menyejukkan malam-malamku. Kemudian, dengan sedikit keyakinan aku berjalan ke arah Alin. Dia kelihatan seperti sudah lama menunggu. Namun kumbang bukan seekor. Tiba-tiba datang seorang jejaka yang aku kenali duduk di samping Alin.Mereka kelihatan mesra berbual, seakan kenalan lama. Aku mulai tidak keruan. Hatiku terus berdebar, lalu semangatku semakin pudar.Aku menarik diri keluar dari dewan besar University kami. Aku tidak sanggup melihatnya bersama yang lain, lalu biarkan aku pergi. Aku berlari anak ke bawah sebuah pokok rendang, di mana tempat aku sering melepaskan seribu satu masalahku. Di bawah sinaran bulan bintang aku berbaring memandang ke langit, menulis sekeping nota.
Hembusan bayu bertiupan..menyaingi kedinginan malam..Menyedarkan aku..
tatkala bintang menerangi gelapku..Bulan tersenyum menghiasi sepiku..
Sang bunga mencemburui kecantikanmu..Sang matahari mengagumi seri pada wajahmu..
Sang burung berkicauan aakan keharuman dan sifat pekertimu..
Dan aku hanya tersenyum kau sering di sisiku..
Ingin sahaja aku melangkah pergi jauh darimu..biarku mengenali liku hidup ini..
Ingin juga aku kenali jiwamu..biar sahaja aku fahami dirimu,kasih..
Ingin aku juga membenci dirimu.. namun kasih pada cintamu memenuhi hatiku..
Hanyaku tahu, sayang padamu..
Pada malam itu..hembusan bayu bertiupan..
Menyedarkan aku kembali.. bahawa..
Hanya di dalam mimpikita bersua..mesra bersama dalam mahligai cinta..
Namun kenyataannya..hanyalah aku sahaja..
Kau ada dia..
Keesokan harinya, aku ke kuliah seperti biasa. Aku bangun pagi, mandi, makan sarapan dan berjalan kaki seperti rutin harianku. Panggilan Alin menyedarkan lamunanku, namun tidak pula aku menjawabnya.Di kuliah, Alin kelihatan sedang menunggu ku. Dari jauh, riak wajahnya kaku dan layu. Aku terus melangkah dan cuba agar tidak mempedulikannya.
“Kenapa awak tak datang semalam? Awak marah saya ke sehingga cuba elak dari saya sekarang?” kata-kata Alin memecahkan kesunyian.
“Saya tak marahkan awak, tak ada pape salah yang awak buat. Semalam saya tertidur, penat tolong emak buat kuih untuk berniaga hari ini,” aku cuba berbohong dan berselindung agar tidak disedari Alin.
“Tolong emak? Kalau begitu, siapa yang menulis nota ni?” katanya lagi sambil mengeluarkan sekeping nota yang aku tulis dan tinggalkan di bawah pokok rendang semalam. Air mata jernih mulai mengalir pada wajahnya, lalu aku mendekati Alin dan menyeka aliran air jernih itu. Aku hanya terdiam seribu bahasa.
“Kenapa awak buat macam ni? Kenapa hukum saya?” tuturnya yang meluluhkan hatiku.
“Saya bukan menghukum awak, saya menghukum diri saya yang bermimpi mencintai serta bersama dengan seorang gadis yang tidak diciptakan untuk saya. Semalam baru saya mengerti kesalahan saya selama ini,” jawabku mempertahankan diri.
“Awak kan sahabat saya. Mengapa berkelakuan seperti ini?” tanyanya lagi.
“ Itulah kesilapan saya selama ini. Saya menyalah anggap hubungan persahabatan yang kita jalinkan. Saya khianati hubungan ini dengan mempunyai perasaan terhadap awak. Saya khianati keikhlasan awak berkawan. Terasa hina pulak apabila berada di situasi ini. Namun saya bersyukur kerana tidak pernah menyatakan hasrat itu,”kata-kataku meninggalkan tanda tanya pada dirinya.
“Tapi awak tak pernah menyatakan apa-apa. Bagaimana harus saya mengerti isi haiti awak?” jawabnya lagi.
“Tak perlu lagi. Lelaki semalam lebih sesuai berada di samping awak. Dia mempunyai perwatakan yang lebih sempurna yang jauh lebih baik dari saya. Dia akan dapat menggembirakan awak. Saya hanya seorang warga desa yang datang ke sini menuntut ilmu bagi mengubah serta memberikan kebahagiaan kepada keluarga saya. Saya tak mahu lagi tersilap langkah. Rumput yang melata di bumi ingin beriringan dengan bintang di langit, pasti mustahil,kan?” aku menghabiskan kata-kataku sebaik sahaja air mata Alin kian deras mengalir.
“ Jadi, sampai di sini sahaja perkenalan kita?” katanya sambil tersedu menahan sebak.
“Itulah yang sebaiknya.” Alin tertunduk, kecewa dengan kata-kataku. Aku sedih melihat keadaannya begitu, namun ini adalah untuk kebaikannya. Aku berjalan meninggalkannya. Lalu suaranya memanggilku.
“At least biarlah saya beritahu tentang lelaki semalam. Dia hanyalah rakan lama saya yang baru pulang dari luar negara. Namun dia tidak pernah mengambil tempat yang paling istimewa dalam hati ini yang telah saya khaskan buat seseorang. Semasa menjatuhkan awak dulu, Awaklah yang telah menawan tempat tersebut. Namun sekarang tidak berguna lagi, namun ia tetap hanya akan menjadi tempat awak, Firdaus,” kata Alin sambil terduduk di lantai.
Tanpa menoleh ke belakang, aku masih meneruskan langkahku. Dengan tangisan di pipi, aku berjalan membawa diri hilang dari pandangan matanya.
Hari-hari ku semakin suram. Tiada lagi gelak tawa Alin. Tiada jua senyum riangnya. Tiada jua gurau sendanya. Dan tiada juga layanan manjanya. Namun aku tabahkan jua hati yang penuh kesunyian ini menempuh liku hidup yang ranjau. Ketika sedang membaca di perpustakaan, aku didatangi beberapa orang gadis. Mereka mendekatiku tetapi aku tidak menghiraukannya.
“Hey, Firdaus. Kenapa kau sakitkan hati Alin? Kau tak patut berbuat demikian. Dari awal dia mencintai kau. Tetapi kau tidak menyedarinya,” kata salah seorang dari mereka.aku hanya membisu seribu bahasa.
“Tak guna kita cakap dengan lelaki ni. Hati dia da keras. Buang masa kita bercakap dengannya,”kata seorang yang lain antara mereka. Mereka mengeluarkan sepucuk surat lalu dihulurkan kepadaku. Aku hanya menerimanya lalu membuka bagi membaca isi kandungannya.
“ Alin kirimkan ini untuk kau sebelum dia bertolak,”terang salah seorang dari mereka bertiga. Bertolak? Bertolak ke mana? Seribu satu persoalan mula bermain di fikiranku.aku membuka sampul surat tersebut dan meneliti isi kandungannya.
Hye, Firdaus. Assalamualaikum. Maaf kerana membuat keputusan yang terburu-buru ini. Saya tahu mungkin tidak adil buat awak. Tetapi saya tak sanggup nak berdepan dengan awak lagi selepas peristiwa hari tu. Terima kasih di atas segala kenangan yang awak ukirkan bersama dulu.saya akan sentiasa simpannya jauh di lubuk hati, di tempat yang telah awak tawan. Saya tak pernah menyangka hubungan kita berakhir di pertengahan jalan. Saya benar-benar meyesal kerana awak terlihat saya bersama lelaki lain berbual pada malam itu. Nota awak masih saya simpan.Di saat awak membaca surat ini, mungkin saya telah berada di lapangan terbang untuk menyambung pelajaran ke luar negara. Awak yang kata inilah yang jalan yang terbaik, jadi inilah jalan saya. Saya tidak pernah menyesal berkawan dengan awak dan tidak pernah menyesal mencintai awak. Saat menjatuhkan awak dulu akan sentiasa diingatan sebagai jenaka buat saya. Hehe.. Pape pown, awak jaga diri dan kesihatan kerana saya tiada lagi untuk menjaga awak selepas ini. Salam sayang buat Firdaus dari Adlina.
Baru ku sedari betapa kejamnya aku terhadap orang yang aku cintai. Andai dapat ku undurkan masa, akan aku memperbetulkan segalanya. Begitu besar kesedihan yang dialami Alin di atas perbuatanku dahulu. Aku berlari meninggalkan kuliah lalu bergegas ke lapangan terbang. Aku masih berharap bahawa aku sempat menghalang niat Alin untuk pergi. Dan ingin juga aku melafazkan betapa cintanya aku terhadap dirinya.Ya Allah, Kau bantulah hamba mu yang lemah dan tidak berdaya ini, agar dia mengecapi kebahagiaan sungguhpun hanya sekali dalam hidup ini.
“Wei, Firdaus. Cepatlah naik, dah tak ada masa lagi ni. Biar kami drive kau ke sana. Boleh menjimatkan masa,” pelawa kawan-kawan Alin yang menghulurkan aku sepucuk surat tadi. Aku tanpa berfikir lagi terus menaiki kereta yang ada di hadapanku lalu mereka memandu laju membelah jalan raya. Aku masih berharap keajaiban akan terjadi dan menghalang Alin dari terus pergi selamanya dari hidupku. Bukan ini yang ku pinta. Aku hanya inginkan kebahagiaannya. “Alin, jangan pergi lagi. Saya datang ni,” desis hatiku.
Setelah 20 minit memandu, kami tiba ke lapangan terbang. Aku melulu keluar dan memasuki bangunan yang menyimpan kekasih hatiku.Sebaik sahaja kaki ini melangkah masuk, terus sahaja aku aku menjerit secara automatik.
“Amboi, bangunan jahat. Berani kau ambil Alin dari aku ye, siapa yang benarkan hah? Suka-suka je hati nak ambil hak orang. Baik pulangkan Alin balik, kalau tak............” jerit aku. Semua orang di situ memandang ku dengan riak wajah yang pelik, seakan aku seperti orang gila. Aku tertunduk malu lalu melangkah ke kaunter pertanyaan.
“Erm, akak. Perjalanan ke U.K sudah berangkat ke belum?” tanya aku sambil menenangkan diri.
“Biar akak check dulu yea. Oh, kapal terbang tu baru je berlepas, adik terlewat 3 minit je. Nape,dik?” jawab akak kaunter tersebut. Aku tidak menjawab soalannya,tetapi terus berlalu dari situ membawa hati yang berat ini.
Buat pertama kali dalam hidupku, aku terasa seperti kehilangan. Kehilangan cahaya hidup yang selama ini membimbing aku ke jalan yang bahagia. Tetapi cahaya itu semakin malap dan kini ia telah padam sepenuhnya. Adlina, seorang gadis yang bisa membuat hati ini bergetar hanya dengan senyumannya. Adlina, seorang gadis yang membuat aku kuat menghadapi setiap dugaan. Dan juga Adlina, seorang gadis yang menghiasi tiap saat hidupku dan menjadikannya lebih bermakna. Tetapi kini, aku kehilangannya. Aku terduduk di kerusi yang berdekatan. Semuanya sudah terlambat.
“Alin, if awak dengar saya sekarang, tolonglah pulang semula. Saya benar-benar perlukan kehadiran awak. Saya menyesal dengan apa yang dikatakan oleh saya sebelum ini. I wish time has turn around again,” tangan ku menekup muka ku menahan sebak dan menyembunyikan air mata yang mula mengalir deras.
“Bila masa saya nak tinggalkan awak. Saya tahu awak perlukan saya,nak makan pown kena saya yang suapkan. Haha, I will never leave you, my love,” satu suara kedengaran dari belakangku. Seakan mimpi rasanya setelah mendengar suara yang mampu membuat hatiku bergetar. Aku bingkas bangun lalu menoleh mencari-cari arah hadirnya suara itu. Lalu Alin keluar di sebalik dinding di mana dia menyorok selama ini.
“Eee, tak malu lelaki menangis. Orang semua tengok tau,” perli Alin.
“Eh, mana ada menangis. Yang ni tadi sebab habuk termasuk mata lah. Perasan je orang menangis sebab dia eyk. Banyak lagi sebab lain tau,” jawab ku spontan.
“Yela tu, macam la saya pekak sangat sampai tak dengar apa yang awak membebel sorang-sorang tadi ye,” tambahnya lagi.
“ Alin dengar ke??Oh, kena kan saya lagi ye. Bila lah nak berubah,”kataku.
“Hehe, sorry,” jawab Alin sambil mengejek ke arahku. Lalu aku menghulurkan sekeping nota kepadanya yang telah siapku tulis semasa di kuliah tadi.
Ada dua titis air mata mengalir di sebuah sungai.. satu titis air mata itumenyapa air mata yang satu lagi.. “ saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa pula kamu ? ”.. jawab titis air mata yang kedua tu “ saya air mata seorang lelaki yangmenyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu pergi begitu sahaja ”..
“Alin, sejak kali pertama mata ini melihat awak, ia telah terpukau akan kenakalan awak. Sejak kali pertama telinga ini mendengar kata-kata awak, ia telah mula merindui suaramu. Sejak kali pertama tangan ini awak tarik, ia seringkali menulis sajak mengenai awak. Sejak kali pertama kaki ini sakit kerana jatuh disebabkan awak, ia telah mula berjalan mengekori bayang awak. Dan sejak hati ini mmengenali awak, ia telah mula jatuh cinta akan peribadimu,” kataku sebaik sahaja Alin selesai membaca nota itu. Matanya mulai bergenang air mata lalu dia mendakap erat aku. Dalam pelukan ku, air matanya membasahi dadaku dan saat itu juga dia mengabadikan cinta cinta sang Hawa akan Adam kekasihnya.
“Amboi, jauh mengelamun. Ingat kat siapa tu?” suara Alin memecahkan lamunanku di tingkap.
“Tak habis-habis nak kenakan saya and perli saya ye. Nak kena babab?” balas ku sambil mengejarnya menegelilingi rumahtangga yang telah kami bina bersama. Setelah berjaya menangkapnya, kami bersama berdiri di luar menikmati keindahan alam. Alin masih dalam pelukanku.
“Andai kata saya sudah tiada lagi, awak lihatlah bulan dari tempat awak. Ketahuilah ia datang bagi menggantikan tempat saya menemani awak pada tiap malam.Kini ia sedang tersenyum sambil berkata ‘Firdaus sudah tiada lagi, saya menggantikan tempatnya’. Alin kena ingat tau,” bisikku ke telinganya.
“Janganlah cakap macam tu. Kita akan menikmati saat bersama sebaik mungkin tau. Segala ketentuan di tangan Allah,” jawab Alin.
“Pandai isteri saya berkata-kata ye. Ingatkan tak fasih berbahasa melayu. haha ,” perliku.
Malam itu sungguh indah. Walaupun ianya sunyi namun penuh dengan kebahagiaan. Andai aku diberi peluang, ingin sahaja aku membahagiakan Alin secukupnya. Tetapi dia inginkan kesederhanaan, dia begitu mengerti diriku. Pada malam itu, bersaksikan bulan dan bintang, Alin tidur dalam dakapanku.
No comments:
Post a Comment