Saturday, May 4, 2013

Both 20

-es-

currently we are both 20
5 more to be waiting
and wish nothing would happen alongside the years

wanting you to remember your promise
when the first time we meet and got to know each other hearts.
and the first time you craving to be my spm subject
so now, remember back those of our sacred memories.

the most thing i want you to know:
i always love you 
the dream to take you to be my imam, to correct me for every each time i did wrong.

do appreciate my existence as your girl.
as future wife insya-Allah.

rebuild your heart for me.
not to other girl.

thank you for being with me for 3 years. 

Feeling of the one

-es-

Assalamualaikum,

Yes, pain,
I don't know how to describe this feeling here.
It is too complicated
Never thought, i would got this kind of feelings from him.
Why?
Why did he do this to me?
Does he has the same feeling on me?
How he could find other girl even he knew he has me?
Am i not good enough?
To take care of him?
To do anything for him, as a future wife?
Sometimes i do get wrong but sometimes my instinct always right.
I try and i try to approach him whenever i can.
I try to change as you wanted me to.
But he is just putting me away.
It really does hurt me
I pray to Allah for our relationship, Always do.
I always change myself and muhasabah diri to care of my aurat.
So that
I will be a good future wife of yours, of our future child, and wont let you bear my sins, insya-Allah. 
Ya Allah the Almighty .
Hope, nothing bad happened. 
Amin .


Saturday, November 12, 2011

Dia yang bernama Adlina

           -f-

     Kenangan itu indah. Ia yang mengajar kita menghargai sesuatu dalam hidup ini. Kenangan pahit menjadi pengajaran, dan kenangan manis pula menjadi perhiasan. Bersama dengan si dia hanyalah satu kenangan manis kepada aku. Dia yang mencorak senyumku. Dia membentuk peribadiku. Dan dia jugalah yang selalu mengisi kekosong jiwa ini. Ketiadaannya sudah cukup membuatkan jasad ini kehilangan identiti.


“ Tunggu dulu, Firdaus. Hari ini awak lewat lagi. Saya akan ambil nama awak dan dibawa ke jabatan disiplin. Awak tidak akan terlepas,” Jerit Adlina menahanku di hadapan pintu depan pagar sekolah. Dia merupakan ketua pengawas. Selalunya ketua mestilah lelaki, kan. Tetapi disebabkan keganasannya, pengawas lelaki pun bagaikan tunduk seperti sedang berhadapan dengan singa lapar. Aku pula hanya pelajar biasa yang sedikit pun tidak gentar dengan garang Adlina itu.
“ Mana ada lewat. Cuba tengok jam tangan Adlina. Baru pukul 7.29, kan. Ada satu minit lagi. Tetapi kalau Adlina tidak puas hati, cubalah kejar saya,” cabarku, menaikkan kemarahannya.
“ Siaplah awak nanti,” muka Adlina merah menahan kemarahan.
“ Haha. Jangan buat muka macam tu. Burung pun takut nak keluar sarang tau. Dan makin bertambahlah kedut-kedut tua pada dahi awak tu,” sempat aku memerlinya. Lalu aku bergegas menuju terus ke kelas kerana sebentar lagi waktu pelajaran biologi, subjek kegemaranku.
“ Saya pergi dulu,” aku memaling berlalu dari situ. Adlina hanya mampu melihat dan menunjukkan muka garangnya. Fuh, takut sungguh. Kalau beruang melintas pun, mesti beruang tu patah balik.
                Nama yang diberi kepadaku Firdaus. Aku bukan budak nakal. Tetapi Adlina yang menjadikan aku nakal. Aku memang sengaja dan suka kacau Adlina. Kerana dengan cara itu aku boleh sentiasa bersama dengannya. Maklumlah, dia pengawas. Macam mana lagi nak dekat dengan pengawas kalau bukan sengaja buat hal, kan. Kenapa aku kacau dia? Soalan yang tu cikgu belum ajar lagi macam mana nak jawab. Mungkin minggu depan masuklah bab tu. Hehe. Tapi yang pasti ia dari hati. Hari-hariku berlalu seperti biasa. Kalau tidak kacau Adlina sehari, makan pun tiada selera. Telinga ni sudah lali dengan suaranya yang marahkan aku, tetapi suara itulah yang menjadi melodi membuai tidur lenaku.


“  Firdaus, Amin cari pasal dengan Adlina kat kantin. Dia tidak puas hati Adlina menegurnya agar beratur ketika membeli makanan. Semua pengawas yang lain takut untuk mempertahankan Adlina,” datang seorang rakanku memberitahu perihal tersebut sebermulanya waktu rehat. Aku menjadi risau. Amin memang seorang budak yang tidak berdisiplin, suka sangat cari masalah. Aku risau kalau diapa-apakan Adlina nanti. Aku bergegas keluar dari kelas lalu menuju ke kantin. Di sana kelihatan pelajar yang lain berkumpul mengerumuni Adlina dan Amin. Aku melangkah ke dalam dan berdiri di hadapan Adlina. Dia seperti sedang cuba menyembunyikan ketakutannya. Namun air matanya tetap mengalir. Aku hanya mampu menyeka aliran yang semakin deras itu.
“ Eleh, ketua pengawas apa ni. Baru kena tengking dan maki sudah menangis. Mungkin cikgu tersilap pilihlah. Aku rasa aku pun lagi layak,” jerit Amin yang cuba menyakiti lagi hati Adlina. Aku memandang ke arahnya.
“ Sudahlah, jangan menangis lagi. Tak comel, tau. Lain kali kalau tahu diri tu lemah, jangan buat sesuatu yang bahaya. Contohnya bermain dengan beruk tidak ada sivik ni,” ujarku yang cuba meredakan sikit dan menenangkan hati Adlina. Pelajar-pelajar lain ketawakan Amin. Dia kelihatan semakin marah. Tetapi yang lebih penting ialah Adlina sudah mula senyum kembali.
“ Sekarang serahkan semuanya kepada saya. Adlina mana boleh uruskan beruk liar ni. Tapi jangan nangis lagi, ya,” aku meletakkan tangan ku di atas kepalanya lalu ku tepuk-tepuk seperti bayi. Adlina hanya terdiam.
                Amin mula berlari ke arahku dengan perasaan marahnya. Belum sempat aku melakukan apa-apa, cikgu disiplin tiba ke tempat kejadian. Nasib amin sangat baik hari itu, kalau tidak ada pula majlis tahlil selepasnya. ( hehe ) kami berdua dipanggil ke bilik disiplin. Zap… Zap… berbiratlah tanganku dengan dua libasan rotan.


“ Firdaus, Adlina minta kau datang ke taman petang ni. Dia kata ada sesuatu yang ingin dia perkatakan,” pesan salah seorang ‘posman’ Adlina selepas loceng akhir tamat waktu persekolahan berbunyi. Hmm, musykil juga aku. Kalau di sekolah pun dia tidak mahu berjumpa denganku, inikan pula di luar. Dekat taman pula tu. Apa benda yang ingin dia cakapkan ye? Macam penting saja. Tunggu sajalah petang nanti.
                Petang itu, aku pergi ke taman seperti yang diminta oleh Adlina. Hati ini penuh dengan persoalan yang timbul, tetapi otak tiada skema jawapan yang diperlukan. Aku melihat Adlina sedang berdiri di bawah sebuah pokok ceri yang rendang. Aku mendekatinya.
“ Seronok melihat budak-budak bermain. Seperti tiada masalah yang difikirkan mereka,” Adlina bersuara bagi memulakan perbualan.
“ Memanglah, mereka kecil lagi. Sebut perkataan masalah pun mungkin tidak tahu lagi. By the way, maaf terlambat. Lembu melintas jalan tadi, banyak pula tu,” balasku. Adlina ketawa dan tersenyum dengan senyuman yang sentiasa mencuri perhatianku. Aku menjadi bingung kerana aku tidak berniat untuk berjenaka tetapi dia ketawa. Mungkin fikirannya masih tidak betul selepas peristiwa pagi tadi. Aku tergelak sendirian.
“ Kenapa tersenyum sorang-sorang? Awak ni lawak juga,kan. Saya ingatkan awak cuma tahu kacau orang saja,” sambung Adlina.
“ Itulah, orang putih kata ‘ don’t judge bananas by its skin’. Tapi kalau orang melayu pula kata cikgu belum ajar lagi. Lain kali cubalah kenali hati kita ni dulu sebelum tentukan kita baik atau jahat,” balasku, dan sekali lagi dia ketawa. Huh, perempuan memang suka ketawa, ea.
“ Hmm, kenapa panggil saya ke sini?” aku bertanya.
“ Oh, tiada apa-apa. Saya cuma mahu ucapkan terima kasih berkenaan hal pagi tadi. Awak saja yang berani mempertahankan saya,” jawab Adlina.
“ Tidak mengapa. Pengawas lain banyak, tetapi semua penakut. Baik tidak payah jadi pengawas. Lagipun, menjadi tanggungjawab saya menjaga orang yang saya suka,” balasku.
“Apa ayat terakhir awak tadi? Saya kurang jelas.”
“ Hmm. Takde apa-apa yang penting pun.” Aku hanya tersenyum kepadanya. Kemudian kami duduk melihat matahari terbenam yang sememangnya cantik bersama-sama.


                Hubungan aku dan Adlina semakin rapat. Kini aku tidak perlu lagi untuk menjadi budak nakal supaya dapat mendekati dia. Hari demi hariku menjadi semakin bermakna. Tetapi adakah semua ini akan terus berkekalan?
“ Firdaus, tolong ajar aku subjek  matematik tambahan ni. Aku banyak tidak hadir kelaslah. Jadinya banyak konsep aku terlepas,” tegur kawanku.
“ Hmm, matematik tambahan ye? Okey, petang ni selepas waktu sekolah kita sama-sama ke perpustakaan ye,” jawabku, yang tidak mahu menghampakan permintaan rakan.
“ Terima kasih. Aku tunggu kau depan kelas ye nanti,” ujarnya lagi.
Kring….. loceng tamat sesi persekolahan pun berbunyi. Dan kelihatan rakanku sedang setia menanti. Kami berdua pun bergegas ke perpustakaan. Setelah mengambil buku yang diperlukan dan meletakkan beg di luar perpustakaan, kami pun melangkah masuk ke dalam gedung ilmu itu. Namun perasaanku terluka, hatiku hancur berkecai apabila pandanganku terhenti pada Adlina yang sedang duduk belajar bersama seorang lelaki yang aku juga kenali, Abdur Rahman. Aku tidak dapat menahan kesedihan dalam diri ini. Cahaya yang selama ini menerangi jiwa ini seakan terpadam dan kelam yang hanya dapatku lihat. Rakanku menyedari perubahan sikapku.
“ Aku rasa di sini tidak sesuailah untuk belajar. Ramai sangat orang. Mari kita ke kantin. Aku belanja kau, mesti kau lapar,kan,” ujar rakanku tadi.
“ Terima kasih kerana memahami aku. Marilah, di sana nanti aku akan ajar kau sehinggakan tiada soalan yang kau tidak mampu selesaikannya,” aku melangkah keluar dengan hati yang lara. Aku harus membuang perasaan ini kerana ada amanah yang harusku tunaikan ketika  ini. Amanah sebagai seorang sahabat.
                Hujan turun renyai-renyai pada petang itu. Awan seakan-akan tahu dan mengerti perasaan dan luka yang aku alami pada masa ini. Rintikan hujan membasahi ke mukaku, namun masih tidak dapat membasuh kesedihan ini. Aku berjalan pulang walaupun langkahku seperti tidak berdaya untuk diteruskan lagi. Kekuatanku telah hilang bersama kebahagiaan diri ini.
“ Firdaus, tunggulah. Janganlah jalan sorang-sorang. Mari sertai kami,” dari belakang aku terdengar suara yang selama ini menjadikan hari-hariku tenang. Aku menoleh,tetapi dia masih bersama dengan Abdur Rahman. Tidak sanggup aku memandang keadaan itu lagi. Cukup mengguris hati ini.
“ Tidak mengapalah. Saya hendak cepat ni. Adik tinggal keseorangan di rumah,” jawabku lalu kakiku mulai berlari  anak meninggalkan mereka berdua dengan tanda tanya. Di dalam kebasahan hujan aku menangis. Tidak lagi dapat aku bezakan antara air hujan yang mengalir ke mukaku atau air mata.


                Keesokan harinya aku ke sekolah seperti biasa. Tetapi kali ini aku cuba mengelak dari berhadapan dengan Adlina kerana aku tidak mahu lagi perasaan ini berterusan. Biarkan saja ia terkubur dalam hujan semalam. Tiba-tiba Abdur Rahman muncul di hadapanku. Dia menahanku kerana ada sesuatu dia ingin bicarakan.
“ Firdaus, boleh aku ambil masa kau sebentar? Tentang hal semalam. Aku juga lelaki, jadi aku mengerti apa yang kau alami semalam. Aku tahu kau cemburu,” belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, aku mencelah.
“ Tidak ada sebab untuk aku cemburu. Kami hanyalah kawan biasa. Jadi kau tidak perlu risau akan perasaanku. Dari gayanya,aku tahu dia menyukai kau. Kalau nak dibandingkan dengan kau, siapa sajalah aku ini. Kalian berdua pengawas. Kau pun pandai, baik dan berdisiplin. Aku hanya seorang budak nakal yang hanya mampu melihat Adlina bahagia dari sebalik tirai,” ujarku.
“ Nanti dulu, kau tidak mengerti. Aku boleh jelaskan segalanya. Aku tahu siapa yang dia sukakan,” balas Abdur Rahman lagi.
“ Kau tidak perlu jelaskan apa-apa, sahabatku. Cuma satu sahaja permintaan aku. Kau bahagiakanlah dia. Sentiasa pastikan dia tersenyum, kerana dengan cara itu saja orang yang menyayangi dia ini mampu terus tersenyum. Jauhkanlah dia dari kesedihan dan jangan pernah sekali pun kau buatkan dia menangis. Cukuplah dengan kejadian di kantin dulu aku melihat dia dalam keadaan itu. Dan tolong sampaikan gelang tangan ini kepadanya. Sudah lama aku ingin beri, tetapi tiada kesempatan untuk aku berikan sendiri. Cuma cakapkan kepadanya yang dia tercicirnya semasa kejarkan budak nakal,” setelah menghulurkan gelang tangan itu, aku melangkah pergi tanpa sempat Abdur Rahman berkata apa-apa.
“ Nanti dulu,” Abdur Rahman cuba menahan tetapi aku tidak mengendahkannya.


                Pada ketika ini, aku sedang duduk di taman di mana tempatnya kami melihat matahari terbenam. Semuanya tinggal memori yang sentiasa akan subur dalam ingatanku. Deruan angin menemani jasadku dan sinaran bulan bintang menerangi pandanganku. Aku ambil sekeping kertas dan pen. Lalu ku tulis nota terakhir buat Adlina.


Malam ini terasa begitu indah..
Walaupun sepi tetapi penuh dengan ketenangan..
Sukar untukku melepaskannya pergi..
Tetapi itulah takdir Ilahi..
Kepada dia, jangan diratapi ketiadaanku..
Teruskan hidup tanpaku di sisi..
Satu langkah, takdir dan jodoh..
Terbinalah satu kehidupan bahagia yang sejati..
Ingin sahaja aku pergi membawa segala kenangan ini..
Terbang melintasi langit..
Melintasi cakerawala ini..
Sebagai tanda bahagianya..
Selama kau temani di sisi..


                5 tahun sudah berlalu. Namun dalam setiap hari sepanjang 5 tahun ini aku sering tertanya-tanya ‘ bahagiakah Adlina hari ini’. Aku sering mendoakan kebahagiaannya kerana itu saja aku mampu lakukan. Aku berjalan menuju ke taman yang telah banyak menyimpan kenangan dan isi hatiku. Setibanya aku di sana aku terlihat kelibat seorang wanita duduk di tempatku. Aku seperti mengenali dirinya.
“ Adlina? “ aku menegur.
“ Firdaus, sudah lama kita tidak berjumpa. Awak apa khabar?” balas Adlina.
“ Alhamdulillah, sihat saja. Awak?” aku berasa janggal kerana sudah lama tidak menatap wajahnya.
“ Hmm, saya sihat juga tetapi selepas orang tu pergi dulu, saya rasa sedih sedikit. Sebenarnya, Abdur Rahman telah menceritakan segalanya. Dia memang sukakan saya. Tetapi dia tahu saya sukakan orang lain. Dan orang itu adalah awak. 5 tahun kebelakangan ini, tidak ada orang yang menggantikan tempat awak dalam hati saya,” jelas Adlina. Aku hanya terdiam dengan pengakuannya. Tiada kata yang dapat aku lafazkan ketika ini.
“ Saya percayakan jodoh. Dan sehingga hari ini saya percaya jodoh saya masih dengan awak,” sambung Adlina lagi.
“ Maaf atas perbuatan saya dulu. Tetapi saya bersyukur atas segalanya yang terjadi. Semua ini mengajar saya untuk menghargai awak. Adlina, dari dulu saya sukakan awak. Kehadiran awak dalam hidup saya banyak mencorak diri saya. Saya perlu awak sepanjang perjalanan hidup ini. Sudikah awak menjadi isteri saya?” aku melamar Adlina.
“ Saya sudi,” itulah jawapan yang paling membahagiakan sepanjang hidupku.
                 Hari ini 14 April, merupakan hari pertama aku mengenalinya 5 tahun dulu. Dan hari ini juga aku selesai mengambilnya sebagai isteriku.
“ Terima kasih untuk segalanya, Adlina.”

Saturday, October 29, 2011

Aku Cinta Kamu

-f-

Aku ada jutaan perkataan untuk gambarkan sayangku buatmu..
Aku ada ribuan warna untuk lukiskan hatiku yang dipenuhi wajahmu..
Aku juga ada seumur hidupku untuk mengingati segala tentangmu..
Namun aku rasakan yang ianya tidak cukup untuk buatkan dirimu mengerti..
Betapa penting dan berharganya dikau padaku..
Bulan menyinari terang tatkala teringatkanmu..
Suria bercahaya di saat kau tersenyum..
Kehadiranmu membasuh luka lalu..
Mencipta kenangan yang baru..
Dalam jutaan perkataan yang aku miliki..
Ku temukan 3 patah yang inginku mahu kau mengerti..
Aku cinta kamu..

Sunday, March 13, 2011

Penantian.........

-f-

Hijau daun menerangi bumi…
Memantul suria menghiasi diri…
Dalam perjalanan ketika ini…
Aku menanti…
Apakah aku tiba ke destinasi??
Bersama kekosongan hati ini…

Langkahku mulai diorak…
Tanpa hala tuju yang pasti…
Ditemani kedukaan, terguris…
Apabila bidadari hati telah pergi…

Senyum manisku kian pudar…
Kegembiraanku mulai hilang…
Hiba menjelma…
Kemurungan memeluk hidup ini…

Kasih suci ini.....

-f-

Bagai malam tiada serinya…
Tanpa bulan temani diri…
Bagai siang tanpa sinarnya…
Tatkala suria kehilangan cahaya…

Keseoranganku dalam kelemasan ini…
Tercari-cari dalam kegelapan abadi…
Kesunyian tanpa cinta sejati…
Tiada ku fahami…
Akankah ku mengerti??
Kenikmatan dan keindahan…
Kasih suci yang hakiki…

Puas sudahku mencari…
Akhirnya kini telah ku temui…
Seseorang yang bisa menenmani…
Mengisi hati yang sepi ini…

Baru kini ku rasai…
Baru kini ku hadapi…
Perasaan kasih suci…
Yang selama ini ku mencari..

Life is wonderful...

-f-

finally, national service da abis..tp sedyh ar gak nak tinggalkan kwn2 kat sne..best gak ar kwn ngan diorang..ada dr sabah, sarawak, pahang n selangor. mlm td la yg paling seronok..majlis penutup terhebat penah kite join..but somehow, gudbye PLKN n here i come world..really wish the best for my days..n pas ni kite cube submit pape la k..da lame x tulis story n poem..kne la bergiat semula..~ngee..