Hembusan bayu bertiupan..menyaingi kedinginan malam..Menyedarkan aku..
tatkala bintang menerangi gelapku..Bulan tersenyum menghiasi sepiku..
Sang bunga mencemburui kecantikanmu..Sang matahari mengagumi seri pada wajahmu..
Sang burung berkicauan aakan keharuman dan sifat pekertimu..
Dan aku hanya tersenyum kau sering di sisiku..
Ingin sahaja aku melangkah pergi jauh darimu..biarku mengenali liku hidup ini..
Ingin juga aku kenali jiwamu..biar sahaja aku fahami dirimu,kasih..
Ingin aku juga membenci dirimu.. namun kasih pada cintamu memenuhi hatiku..
Hanyaku tahu, sayang padamu..
Pada malam itu..hembusan bayu bertiupan..
Menyedarkan aku kembali.. bahawa..
Hanya di dalam mimpikita bersua..mesra bersama dalam mahligai cinta..
Namun kenyataannya..hanyalah aku sahaja..
Kau ada dia..
No comments:
Post a Comment